For those who are interested in calligraphy arts, but don't speak Malaysian language may direct contact us for any inquiries! We have many other hand painted arts in our gallery with or without the calligraphic fusion. You are most welcome to LK arts! =)



4 JENIS REZEKI

Ada 4 jenis REZEKI

Imam al-Ghazali menjelaskan sesungguhnya rezeki terdiri dari 4 jenis:

1- Rezeki yang DIJAMIN iaitu umur kita, kesihatan kita, air yang kita minum, udara yang kita hirup, semua orang akan memperolehinya.

2- Rezeki yang DITERIMA ialah rezeki yang kita peroleh daripada apa yang kita usahakan. Rezeki tidak akan datang dengan sendirinya tanpa usaha.

3- Rezeki yang DIBERI iaitu dalam rezeki yang kita peroleh ada rezeki orang lain, yang mesti kita beri baik melalui zakat mahupun sedekah.

4- Rezeki yang DIJANJIKAN hanya akan diperoleh apabila dipenuhi syarat-syaratnya.

Apa syarat-syaratnya? Dalam Al-Quran, Allah SWT berfirman:

Dalam surah al-A'raf, 7:96

Ertinya : "Jikalau sekiranya penduduk sesebuah negeri beriman dan bertakwa pastilah Kami limpahkan mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan ayat-ayat Kami itu, maka Kami akan seksa mereka disebabkan perbuatannya." Dalam surah al-Talaq, 65:2-3

Ertinya ; "Sesiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka; dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya"

Jadi sesungguhnya rezeki sebagaimana yang telah ditetapkan pada waktu roh kita dihembuskan, barangkali belum 100% kita terima. Barangkali masih ada tabungan rezeki kita yang hanya akan Allah SWt kurniakan kalau kita mahu taat kepadaNya. Itulah rezeki yang tidak disangka-sangka.

#lktestimonial #lklovelycustomer #lukisankaligrafimurah #lukisankaligrafi #lukisantangan #islamicpainting #handpaintingmalaysia #inilukisantanganbukanprint #homedecor

0 comments:

Post a Comment

 

LK

Berminat dengan hasil lukisan tangan?
Nak ceriakan rumah dengan lukisan abstrak
tapi nak ada kalimah suci sekali?
Di sini, LK merealisasikan impian anda
untuk memiliki lukisan kaligrafi sebagai
hiasan di rumah mahupun di pejabat,
juga sebagai hadiah buat yang tersayang.
Tempahan secara online, dan penghantaran
terus kepada anda melalui
kurier – Cash On Delivery (COD).
Tempahlah sekarang!!!
Harga pasti memuaskan setanding dengan kualiti yg kami berikan.

Translate here!

LK Blog's views

LK Archive